Sunday, August 30, 2009

rahsia kejayaan pelajar perempuan....

Faktor yang menjadikan pelajar wanita cemerlang dalam peperiksaan dan akademik boleh dilihat daripada pelbagai perspektif:

Faktor Peribadi;
Mengikut Jayme Gate (2005) wanita memiliki banyak keperibadian diri yang mendorong kepada kejayaan. Seorang wanita itu sukakan kepada elemen berikut yang boleh mendorong kepada kejayaan
Kebersihan –
wanita sukakan kebersihan dan cukup cerewet dengan aspek kekemasan diri, rumah dan persekitarannya. Dengan sifat inilah kita melihat pelajar wanita begitu rajin menyalin nota dengan bersih dan kemas dan disimpan dengan rapi dalam fail untuk mudah dirujuk pakai semasa membaca.
Kerajinan –
wanita memang rajin dalam aspek yang berkaitan dengan diri dan kehidupannya. Wanita rajin melakukan aktiviti berkaitan hal wanita seperti memasak, mengemas, mencuba resipi baru dan membaca majalah dan sebagainya untuk menimba pengetahuan.Sifat rajin terserlah pada pelajar wanita yang memang suka membaca, mengulang kaji, membuat latihan dan menguruskan hal berkaitan pembelajarannya. Pelajar perempuan rajin datang ke kelas dan sukar ponteng kelas kecuali ada alasan munasabah.
‘Ketakutan’ –
wanita memiliki sikap mudah takut yang positif. Mereka ‘takut’ kalau kena marah guru atau ibu bapa jika tidak belajar dan membuat kerja sekolah. Sikap ‘mudah takut’ terhadap mereka yang dirasakan akan memberi hukuman jika tidak siap pekerjaan menyebabkan pelajar perempuan sering menyiapkan tugasan yang diberikan guru tepat pada masanya dan sering menurut kata ibu bapa dan guru agar rajin belajar untuk berjaya di masa hadapan.
Kreativiti-
pelajar wanita lebih tinggi dalam aspek pembelajaran berkaitan dengan penghafalan (David Cole, 2003). Wanita suka menghafal dan mengulang apa yang dihafal yang mendorong mencipta kejayaan terutama bagi subjek teori dan memerlukan membaca dan menghafal.Personaliti wanita itu sendiri banyak mendorong sifat positif wanita ke arah kejayaan seperti sensitiviti wanita terhadap nilai pengorbanan terhadap mereka yang disayangi terutama ibu.Faktor persekitaran memainkan peranan penting kepada kejayaan pelajar wanita khususnya. Kebiasaannya anak perempuan rapat dengan ibu bapa yang menjadi idola mereka dalam mencari kejayaan. Lihat sajalah kejayaan Melisa Sia Yin Ying, anak tunggal kepada seorang pakar jantung. Kecemerlangan kerjaya bapa menjadi pendorong kejayaan Melisa. Pelajar perempuan mempunyai kemahiran dalam komunikasi yang memberi manfaat kepada mereka. Sikap suka bertanya dan “kepoh” bercerita pada kawan-kawan, ibu bapa atau guru adalah faktor mereka mendapat banyak input berguna dalam suasana pembelajaran mereka. Pemilihan rakan-rakan juga mempengaruhi kejayaan pelajar perempuan. Lazimnya, pelajar cemerlang mempunyai kumpulan belajar terdiri daripada mereka yang rajin, berwawasan, positif dan tidak memandang negatif terhadap kehidupan.Pelajar perempuan juga aktif dan rajin dalam aspek komuniti dan kemasyarakatan. Sikap suka berpersatuan dan menceburkan diri dalam ko-kurikulum menjadikan mereka lebih tabah dan cekal dalam menangani tekanan pelajaran dan peperiksaan.Kepimpinan pelajar perempuan pada peringkat sekolah memang terserlah dan banyak menerajui kepimpinan kelab di sekolah. Keberanian pelajar wanita menerajui kepimpinan kelab dan persatuan boleh memberi impak kepada aspek pemikiran positif dalam pembelajaran.Faktor Keluarga;Faktor keluarga juga membantu kejayaan pelajar wanita dalam mencipta kecemerlangan. Disebabkan sensitiviti wanita terhadap keadaan dan situasi keluarganya menjadikan mereka bermotivasi untuk mencipta kejayaan keluarganya.Seorang wanita mudah merasa sedih dan sensitif di atas kehidupan keluarga. Ada pelajar perempuan bangun awal membantu ibu memasak dan menguruskan rumah tangga dan adik beradik yang ramai kerana kasihan kepada ibu dan kedaifan kehidupan keluarga. Keadaan ini menjadikan mereka begitu cekal dan mempunyai keazaman kuat untuk berjaya bagi mengubah nasib keluarga.Status ibu tunggal juga menjadikan pelajar perempuan berusaha keras untuk menjadikan ibunya bahagia. Kasih sayang anak dan ibu menjadikan ramai pelajar perempuan yang hidup bersama ibu tunggal berusaha keras membahagiakan ibu yang dikasihinya.Kecemerlangan akademik pelajar perempuan boleh menjadi satu dorongan dan cabaran kepada pelajar lelaki untuk mencipta kejayaan sehebat pelajar wanita.

1 comment:

  1. mmg x dinafikan wanita lebih cemerlang dlm pelajaran... maaf kn saya jika silap, bagi saye dalam aspek memberi penerangan ttng ape yang dibace semula kpd kwn2...perempuan agk kurang dari aspek itu b'bndg lelaki...

    http://papankenyataan.com/?p=1139

    ReplyDelete